Pemakaian Tudung: Bagaimana ianya boleh jadi haram?

 

 

Selamat hari isnin. Beberapa hari lepas saya terlihat sebuah “poster” yang amat menarik untuk dikongsi kat blog ni, mengenai fesyen pemakaian tudung. Saya bukan nak tulis entry mengenai “Kewajipan memakai tudung” atau “Kelebihan memakai tudung” atau aurat antara sepupu, sebaliknya nak mengajak para wanita muhasabah diri mengenai cara pemakaian tudung mereka, sama ada ianya bersesuaian dengan syara’ ataupun hanya merosakkan lagi nama Islam. Mari tengok fesyen pemakaian tudung yang salah atau menyerupai pakaian agama lain (walaupun menutup aurat) :

Pembetulan: Ada sesetengah ustaz yang berpendapat fesyen tudung yang kedua di bawah di benarkan. Wallahu’alam.

1. Tudung yang bersanggul

Sanggul

Larangan tudung bersanggul ini adalah daripada hadis Nabi Muhammad sendiri, seperti yang dinyatakan dalam gambar di atas:

Ada dua golongan dari penduduk nerakan yang belum pernah aku lihat:

1. Suatu kaum yang memiliki cemiliti ekor lembu untuk memukul manusia
2. Para wanita yang berpakaian tapi bertelanjang, kepala mereka seperti bonggol untuk yang bergoyang-goyang. Wanita seperti ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya, sedangkan baunya dapat dicium selamat perjalanan sekian dan sekian. (Hadis Riwayat Muslim)

2. Fesyen tudung yang menyerupai biarawati Kristian

biarawati

Kalau anda perasan, fesyen tudung macam ni adalah yang paling up-to-date konon-kononnya. Sedar atau tida, sekarang ni dah makin ramai orang pakai tudung fesyen ni. Elakkan fesyen tudung sebegini, sesuai dengan tegahan Nabi dari hadis berikut:

Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka ia termasuk dari golongan mereka (Hadis Riwayat Abu Daud, disahihkan oleh Ibnu Hibban)

Jadi kalau ada di antara rakan-rakan anda yang memakai fesyen-fesyen tudung seperti di atas, diharapkan korang dapat tegur diorang baik-baik. Jangan pulak marah-marah diorang, nanti tak pasal-pasal pulak diorang taknak bertudung terus! Nasihat elok-elok, anda mampu mengubahnya.

 

Kredit: Gambar 1 dari Facebook Page Ceramah Pilihan Masakini, dan gambar kedua dari aenhidayah.

Tinggalkan komen

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s